Latar Belakang Pejabat

 

Latar Belakang Pejabat


Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri (PSKN) ditubuhkan selaras dengan Perkara 11 Perlembagaan Negeri Sarawak (G.N.S. 163/63) dan pelantikan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak (SKN) adalah juga tertakluk kepada Peruntukan Perkara 11 Perlembagaan Negeri Sarawak.

SKN berfungsi sebagai Pihak Berkuasa Kewangan Negeri di bawah Akta Acara Kewangan Negeri Tahun 1957 dan bertanggungjawab ke atas segala urusan kewangan bagi Kerajaan Negeri Sarawak.   SKN melapor kepada Ketua Menteri Sarawak berhubung dengan perkara- perkara seperti dasar dan perundangan mengenai pengurusan sumber- sumber kewangan Negeri.

Manakala, SKN sebagai sebuah perbadanan (SFS Inc.) diperbadankan di bawah Chapter 36, State Financial Secretary (Incorporation) Ordinance, 1948 dan memberi kuasa kepadanya untuk memiliki, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta tetap dan mudah- alih, dan boleh menyerah, menambah nilai, menyagar, menyewa, memindah-milik atau melupus mana-mana harta tetap dan mudah-alih yang diberi/miliki atas perbadanan dengan syarat-syarat yang dikira munasabah.

 

© Hak Milik Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.


Last Updated On 13 Nov 2024

Waktu Operasi

 

Isnin - Khamis 8:00 pagi hingga 1:00 petang & 2:00 petang hingga 5:00 petang

 

Jumaat 8:00 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5:00 petang

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman