Dikepilkan adalah Buletin Integriti PSKN Edisi Januari-Jun 2024 yang telah disediakan oleh Unit Integriti, Bahagian Pematuhan Kewangan dan Pengurusan Aset sebagai salah satu saluran komunikasi kepada semua warga kerja PSKN dalam usaha untuk menyebarkan dan membudayakan integriti di PSKN. Klik Di Sini
SURAT PEKELILING SETIAUSAHA KEWANGAN NEGERI BIL. 14/2025 & BIL. 15/2025
Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil. 14/2025 - Had Nilai dan Pihak Berkuasa Melulus bagi Pelantikan Perunding untuk Kerja-Kerja Pembangunan FIzikal (Tidak Termasuk Kerja Ukur) bagi Projek-Projek Pembangunan Di Bawah Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan dan Agensi Pembangunan Wilayah (RDA)
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai pindaan dan penambahbaikan terhadap had nilai dan Pihak Berkuasa Melulus bagi perolehan perkhidmatan perunding untuk kerja-kerja pembangunan fizikal dan kajian yang menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri.
Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil. 15/2025 - Penambahbaikan kepada Tatacara Kaedah Perolehan Tender Terhad (Restricted / Selective Tender) Bagi Perolehan Kerja / Bekalan dan Perkhidmatan Bernilai Melebihi RM5 Juta
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penambahbikan kepada tatacara kaedah perolehan tender terhad (restricted / selective tender) bagi perolehan kerja / bekalan / perkhidmatan bernilai melebihi RM 5 juta
Pekeliling-pekeliling tersebut di atas boleh dimuat turun di sini.