1. Bagaimana untuk ‘Aktifkan Akaun’ Online Pendaftaran UPKJ Melalui Sistem Online Application Module (OLAM)?
Sila klik ‘AKTIFKAN AKAUN’ di muka hadapan sistem OLAM. Seterusnya anda akan diminta untuk mengisi maklumat Nombor Pendaftaran Syarikat dan Nombor Sijil UPKJ yang terkini (jika memiliki lebih dari satu (1) sijil, pilih mana-mana satu yang masih aktif dan terkini). Setelah selesai, sistem akan menghantar pautan untuk set akaun online UPKJ dan kata laluan ke emel anda.
Sekiranya terdapat prompt message ‘email tidak ditemui’ atau ‘tiada email dikesan’, sila hubungi UPKJ melalui emel rasmi upkj@sarawak.gov.my atau hubungi pejabat di talian 082-221200 untuk mengemaskini emel anda. Kemudian ulangi langkah (a)
Fungsi ‘AKTIFKAN AKAUN’ adalah untuk syarikat yang telah mempunyai/ pernah mempunyai pendaftaran UPKJ tetapi tidak pernah menggunakan sistem OLAM atau syarikat yang pernah memohon pendaftaran UPKJ (tetapi permohonan tidak diluluskan)
Jika syarikat bukan tergolong di dalam para (c), sila daftar akaun baru dengan menekan ‘DAFTAR SEKARANG’
2. Apakah perbezaan ‘Aktifkan Akaun’ dan ‘Daftar Sekarang’?
Fungsi ‘AKTIFKAN AKAUN’ adalah untuk syarikat yang telah mempunyai/ pernah mempunyai pendaftaran UPKJ tetapi tidak pernah menggunakan sistem OLAM atau syarikat yang pernah memohon pendaftaran UPKJ (tetapi permohonan tidak diluluskan)
Jika syarikat bukan tergolong di dalam para (a) dan merupakan syarikat baru yang tidak pernah membuat apa-apa transaksi pendaftaran dengan UPKJ, sila daftar akaun baru dengan menekan ‘DAFTAR SEKARANG’
3. Adakah Kursus / Kad Kursus Asas Keselamatan/ Kad Keselamatan NIOSH wajib dihadiri dan dikemukakan untuk permohonan lesen UPKJ? Ya. Kursus Asas Keselamatan/ Kad Keselamatan NIOSH WAJIB dihadiri dan kemukakan bukti telah menghadiri kursus tersebut. Syarat ini hanya tertakluk kepada kontraktor yang ingin memohon bidang Kerja, Mekanikal dan Elektrikal. Bagi bidang Bekalan dan Perkhidmatan adalah dikecualikan.
4. Di manakah saya boleh mendapatkan Kursus Asas Keselamatan / Kad Keselamatan NIOSH? Kontraktor boleh memohon Kursus Asas Keselamatan Kontraktor (Semua Risiko) di Unit Pembangunan Kontraktor dan Pembekal (UPKP) dan bagi Kad Keselamatan Kontraktor (Semua Risiko) boleh dipohon di NIOSH.
5. Saya ingin memohon bidang Mekanikal. Sijil Pendaftaran CIDB saya cuma ada kategori B dan CE sahaja. Bolehkah saya memohon lesen UPKJ? Tidak boleh. Bagi bidang Mekanikal, Sijil Pendaftaran CIDB WAJIB ada kategori (ME)
Nota : (B, CE) hanya untuk bidang Kerja. (ME) untuk bidang Mekanikal dan Elektrikal.
6. Di manakah saya hendak muat naik (upload) Sijil Pendaftaran CIDB? Sijil Pendaftaran CIDB boleh dimuat naik (upload) di bahagian Perihal CIDB (PPK) pada Perihal Syarikat.
7. Saya ingin memohon bidang Bekalan dan Perkhidmatan. Adakah saya perlu memuat naik (upload) Sijil Pendaftaran CIDB? Tidak perlu. Sijil Pendaftaran CIDB hanya diwajibkan untuk permohonan bidang Kerja, Mekanikal dan Elektikal sahaja.
8. Kepala/ Subkepala yang ingin saya pohon ‘Tidak Ada / Tidak Keluar’ di dalam senarai pilihan Kepala / Subkepala untuk saya pilih Sistem OLAM akan mencadangkan Kepala/ Subkepala yang layak dipohon secara automatik berdasarkan maklumat yang dimasukkan oleh pemohon.
Tips untuk mendapatkan Kepala/ Subkepala yang ingin dipohon adalah :
Pastikan syarikat memenuhi syarat/ peraturan permohonan yang ditetapkan. Sila baca terlebih dahulu syarat-syarat dan peraturan permohonan untuk mengetahui kelayakan jenis syarikat, kewangan, teknikal (jurutera, kompetensi), pengalaman syarikat dan permit/ lesen khas,
Sila pastikan semua ruangan mandatory di borang permohonan lengkap diisi,
Kategori utama Lesen Perniagaan mestilah bertepatan dengan Kepala, Subkepala yang dipohon. Contohnya :
Sila pilih ‘construction’ untuk kerja-kerja pembinaan, ‘telecommunication’ untuk kerja-kerja telekomunikasi
Sila pilih ‘grasscutting’ atau ‘landscaping’ untuk kerja-kerja pemotongan rumput dan lanskap
Sila pilih ‘mechanical’ untuk kerja-kerja mekanikal
Sila pilih ‘electrical’ untuk kerja-kerja elektrikal.