Announcement

 

Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil. 1/2023 & Bil. 3/2023

Posted on 26 Jan 2023

Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil. 1/2023 - Had Kuasa Untuk Menandatangani Surat Setuju Terima / Kontrak Untuk Perolehan Bekalan / Perkhidmatan / Kerja Termasuk Perkhidmatan Perunding Bagi Pihak Kerajaan Negeri Sarawak


Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan pemberian kuasa oleh YAB Premier Sarawak kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk menandatangani surat setuju terima / kontrak untuk perolehan bekalan / perkhidmatan / kerja termasuk perkhidmatan perunding bagi pihak Kerajaan Negeri mengikut Seksyen 3 (2) Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Semakan 1973) serta tatacara penyediaan dokumen kontrak.

Surat Pekeliling ini berserta lampiran-lampiran boleh dimuat turun di pautan ini : Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil 1/2023

 

Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil. 3/2023 - Tatacara Perolehan dan Pelantikan Rescue Contractor Bagi Projek Critically Delayed Yang Menggunakan Peruntukan Kerajaan Negeri


Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai tatacara perolehan dan pelantikan Rescue Contractor bagi menyelamatkan projek critically delayed yang menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri setelah penamatan kontrak selaras dengan syarat-syarat kontrak oleh Kementerian / Jabatan / Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Surat Pekeliling ini berserta lampiran-lampiran boleh dimuat turun di pautan ini : Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil 3/2023



© Hak Milik Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.


Last Updated On 14 May 2026

Waktu Operasi

 

Isnin - Khamis 8:00 pagi hingga 1:00 petang & 2:00 petang hingga 5:00 petang

 

Jumaat 8:00 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5:00 petang

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman