26.08.2025 - Seminar Berurus Niaga dengan Agensi-Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan [SMA SIRI 1/25] pada 26 - 28.08.2025 secara bersemuka di Miri Marriott Resort & Spa, Miri.
Penceramah: Pelbagai Jabatan/ Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan
SURAT PEKELILING SETIAUSAHA KEWANGAN NEGERI BIL. 14/2025 & BIL. 15/2025
Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil. 14/2025 - Had Nilai dan Pihak Berkuasa Melulus bagi Pelantikan Perunding untuk Kerja-Kerja Pembangunan FIzikal (Tidak Termasuk Kerja Ukur) bagi Projek-Projek Pembangunan Di Bawah Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan dan Agensi Pembangunan Wilayah (RDA)
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai pindaan dan penambahbaikan terhadap had nilai dan Pihak Berkuasa Melulus bagi perolehan perkhidmatan perunding untuk kerja-kerja pembangunan fizikal dan kajian yang menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri.
Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil. 15/2025 - Penambahbaikan kepada Tatacara Kaedah Perolehan Tender Terhad (Restricted / Selective Tender) Bagi Perolehan Kerja / Bekalan dan Perkhidmatan Bernilai Melebihi RM5 Juta
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penambahbikan kepada tatacara kaedah perolehan tender terhad (restricted / selective tender) bagi perolehan kerja / bekalan / perkhidmatan bernilai melebihi RM 5 juta
Pekeliling-pekeliling tersebut di atas boleh dimuat turun di sini.