06.07.2023 - Kursus Asas Keselamatan - Contractor Safety Passport System (CSPS-AR) [CSPS Siri 11/23] secara bersemuka di Hotel Oriental Evermore, Sarikei.
Penceramah: National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH)
Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil. 5/2025, Bil. 6/2025, Bil. 7/2025 dan Bil. 8/2025
Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil. 5/2025 - Pindaan dan Penambahbaikan kepada Manual Perolehan Perkhidmatan Perunding Kerajaan Negeri
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai pindaan dan penambahbaikan terhadap had nilai dan Pihak Berkuasa Melulus bagi perolehan perkhidmatan perunding untuk kerja-kerja pembangunan fizikal dan kajian yang menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri.
Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil. 6/2025 - Menerimapakai Surat Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) Bagi Pelarasan Kadar Harga Kontrak Perolehan Kerajaan Negeri Berikutan Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 Berkuatkuasa Pada 1 Februari 2025
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menerimapakai Surat Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) mengenai pelarasan kadar harga kontrak perolehan Kerajaan berikutan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 berkuatkuasa 1 Februari 2025.
Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil. 7/2025 - Kod Etika Dalam Urusan Perolehan Kerajaan Negeri (bagi Kementerian / Jabatan / Badan Berkanun Negeri / Pihak Berkuasa Tempatan)
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Agensi Kerajaan Negeri mengenai penerbitan kod etika dalam urusan perolehan Kerajaan Negeri.
Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil. 8/2025 - Kod Etika Dalam Urusan Perolehan Kerajaan Negeri [bagi Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (Government-Linked Company)]
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri mengenai penerbitan kod etika dalam urusan perolehan Kerajaan Negeri.