Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil. 5 dan Bil. 6/2022
Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil.6/2022 : Garis Panduan Penyediaan Anggaran Hasil Dan Perbelanjaan Tahun 2023
Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pegawai Pengawal bagi menyediakan Anggaran Hasil, Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023. Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil.6/2022 boleh dimuat turun di pautan di bawah:
Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil.5/2022 : Penambahbaikan Tatacara Pentadbiran Kontrak Bagi Kontrak-Kontrak Yang Menggunakan Peruntukan Kerajaan Negeri
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perubahan dan penambahbaikan terhadap tatacara pentadbiran kontrak sedia ada yang menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri seperti berikut:-
Bayaran pendahuluan kepada kontraktor bagi kontrak kerja;
Nilai minima bagi bayaran kemajuan (interim payment) bulanan mengikut nilai kerja sebenar bagi kontrak kerja;
Bayaran kemajuan (interim payment) bagi empat (4) bulan pertama bagi kontrak kerja; dan
Penetapan nilai Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (Liquidated Ascertained Damages) bagi kontrak bekalan / perkhidmatan / kerja,
Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil.5/2022 boleh dimuat turun di pautan di bawah:
Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil.1/2022
Dipaparkan pada 20 May 2022
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai kemudahan potongan gaji bagi tujuan bayaran balik skim pinjaman perumahan di bawah Mutiara Mortgage & Credit Sdn. Bhd. Surat Pekeliling tersebut boleh dimuat turun di pautan ini.