Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
online visitor Pelawat Di Talian 70
total visitor Jumlah Pelawat 261,387
Kemaskini Pada: 20 Sept 2017
Versi 8.0.2c
Latar Belakang PejabatLatar Belakang Pejabat

Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri (PSKN) ditubuhkan selaras dengan Perkara 11 Perlembagaan Negeri Sarawak (G.N.S. 163/63) dan pelantikan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak (SKN) adalah juga tertakluk kepada Peruntukan Perkara 11 Perlembagaan Negeri Sarawak.

SKN berfungsi sebagai Pihak Berkuasa Kewangan Negeri di bawah Akta Acara Kewangan Negeri Tahun 1957 dan bertanggungjawab ke atas segala urusan kewangan bagi Kerajaan Negeri Sarawak.   SKN melapor kepada Ketua Menteri Sarawak berhubung dengan perkara- perkara seperti dasar dan perundangan mengenai pengurusan sumber- sumber kewangan Negeri.

Manakala, SKN sebagai sebuah perbadanan (SFS Inc.) diperbadankan di bawah Chapter 36, State Financial Secretary (Incorporation) Ordinance, 1948 dan memberi kuasa kepadanya untuk memiliki, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta tetap dan mudah- alih, dan boleh menyerah, menambah nilai, menyagar, menyewa, memindah-milik atau melupus mana-mana harta tetap dan mudah-alih yang diberi/miliki atas perbadanan dengan syarat-syarat yang dikira munasabah.