Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

online visitor Pelawat Di Talian 20
total visitor Jumlah Pelawat 828,122
Kemaskini Pada: 18 Ogos 2018
Versi 8.1.0

Seminar ke arah berurusniaga dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri / Persekutuan akan diadakan pada 10 - 11 April 2018, bertempat di Hotel Tanahmas, Sibu. Antara objektif-objektif seminar ini diadakan adalah seperti berikut:

(a) Memberi pengetahuan dan pengalaman kepada peserta seminar tentang Polisi, Prosedur, Syarat dan Keperluan yang diperlukan untuk berurus niaga dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang terdiri daripada UPKJ, CIDB, BPKU dan FFO;

(b) Membantu menyediakan bakal-bakal kontraktor/pembekal Bumiputera Sarawak untuk memulakan perniagaan mereka dan seterusnya berkecimpung secara aktif dan berjaya dalam industri pembinaan/pembekalan/perniagaan yang diceburi;

(c) Memberi pendedahan kepada golongan graduan dan bakal kontraktor/pembekal Bumiputera Sarawak untuk mengenalpasti peluang-peluang yang ada/wujud dalam Sistem Perolehan Kerajaan Negeri / Persekutuan; dan

(d) Sebagai salah satu usaha Kerajaan ke arah pencapaian pewujudan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).


Permohonan untuk mengikuti seminar boleh dibuat dengan memuat turun borang di pautan di bawah. Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 15 Mac 2018.

Borang Permohonan